Visi, Misi dan Sejarah Sekolah

VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI MENJANA SKRBT CEMERLANG MENJELANG 2013.

MISI
Melahirkan modal insan cemerlang melalui pengurusan pendidikan dan pengurusan pentadbiran berkualiti berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

TAFSIRAN MISI SEKOLAH
Pembentukan Modal insan cemerlang melalui pengurusan pendidikan dan pengurusan pentadbiran berkualiti berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan:
- Memastikan pengajaran & pembelajaran berkesan;
- Memastikan / mewujudkan suasana persekolahan kondusif untuk pengajaran & pembelajaran;
- Memastikan pengurusan sekolah membantu menyediakan kemudahan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran;
- Mewujudkan latihan profesion (perkembangan staf) untuk guru secara berterusan;
- Menyediakan kerjasama masyarakat, PIBG dan Komuniti sekolah ke arah peningkatan
kualiti sekolah

MATLAMAT
Kami komited untuk merealisasikan misi kami iaitu dengan:
1. Mempunyai Barisan Pemimpin Pengurusan Pendidikan Yang Berintegriti.
2. Mempunyai Sumber Manusia Yang Berkualiti Dari Segi Keilmuan, Kemahiran Dan Sahsiah.
3. Melahirkan Insan Yang Berkualiti Yang Dapat Memenuhi Keperluan Global.
4. Mencapai Prestasi Cemerlang Dalam Pentaksiran Dan Penilaian.
5. Mempunyai Kemudahan Pendidikan Yang Berkualiti.
6. Mempunyai Sistem Pengurusan Yang Cekap Dan Berkesan serta berusaha untuk Cemerlang dalam ;
- Kurikulum
- KoKurikulum
- HEM
- Penyampaian Perkhidmatan
- Pemantauan dan Penyeliaan
- Kewangan dan Akaun
- Pengurusan Rekod
- Hubungan Masyarakat

MOTTO
"SKRBT CEMERLANG" (ILMU SULUH HIDUP)

NILAI MURNI (PRINSIP YANG DIPEGANG)
- PELAJAR ADALAH AMANAH
- SETIAP PELAJAR BOLEH DIDIDIK UNTUK MENJADI INSAN TERBILANG
- SETIAP GURU ADALAH GURU CEMERLANG
- MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT

PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SKRBT dengan penuh komited dan berjanji akan memberi perkhidmatan dan layanan terbaik kepada pelanggan kami, seperti berikut ;
1.1 Memberi pendidikan yang terbaik kepada semua pelajar sebagaimana yang dirancang dalam perancangan strategik sekolah.
1.2 Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, selamat, harmoni, kasih sayang dan mesra kepada semua murid.
1.3 Melaksanakan secara berkesan semua kegiatan kokurikulum dan murid yang berbakat diberi bimbingan serta galakan sepenuhnya sehingga mencapai peringkat tertinggi dalam bidang kokurikulum.
1.4 Memastikan setiap guru dan kakitangan dilayan secara adil dan saksama serta dapat bekerja dalam suasana kondusif.
1.5 Mematuhi segala arahan dan dasar yang telah ditetapkan dengan merujuk sumber/punca kuasa.
1.6 Rekod perkhidmatan dikemaskini dalam tempoh 1 minggu selepas menerima maklumat perubahan.
1.7 Mendapat semua maklumat dan pekeliling perkhidmatan yang dikeluarkan oleh “stake holder”.
1.8 Memastikan ibu bapa dan penjaga yang berurusan di pejabat mendapat layanan mesra dan diselesaikan dalam masa 30 minit.
1.9 Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih dari 3 hari bekerja.
1.10 Memastikan setiap arahan dan permohonan daripada PPD, JPN dan KPM mendapat maklum balas dalam tempoh 3 hari.

SEJARAH SEKOLAH
SK. Rangalau Baru telah wujud pada 1 Februari 1959. Sekolah ini terletak di antara Kiulu – Tamparuli dalam daerah Tuaran dan pada mulanya adalah sebuah sekolah NVS. Pada ketika itu, sekolah ini hanya menumpang di bangunan gereja sebagai tempat belajar murid-murid. Tanah tapak kawasan sekolah seluas 5.47 ekar dimiliki oleh KK Gumuk Ansit dengan inisiatif beliau yang faham betapa pentingnya pendidikan maka beliau telah mengizinkan pembinaan sekolah di kawasan tanah gerannya.
Guru Besar yang pertama dan bertanggungjawab terhadap sekolah ini ialah En. Kawayan Kindu dari tahun 1959 hingga 1965. Pada masa itu, hanya 40 orang murid sahaja namun dari setahun ke kesetahun murid semakin bertambah sehingga tahun 1963 seramai 80 orang murid dengan 6 orang guru.
Akibat pertambahan murid dan guru, maka timbul masalah seperti kekurangan kelas dan rumah guru. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, satu kerja gotong-royong telah diadakan oleh penduduk kampung Rangalau Baru untuk membina sebuah bangunan sekolah berukuran 20’ x 12’ dengan bahan-bahan yang sama berlantai dan berdindingkan bambu untuk menampung tempat tinggal 6 orang guru tersebut.
Sebelum pembinaan bangunan sekolah, masalah kekurangan bilik darjah amat dirasai oleh murid-murid dan guru-guru khususnya semasa upacara sembahyang di gereja tersebut. Guru-guru terpaksa membawa murid keluar daripada gereja dan masing-masing mencari pokok kayu tempat berlindung untuk meneruskan pendidikan sehingga upacara sembahyang di gereja selesai.
Masalah kekurangan bilik darjah telah mendapat perhatian Jabatan Pendidikan. Maka sebuah bangunan sekolah telah dibina pada tahun 1968 yang dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Tuaran atau dikenali sebagai TDC yang berukuran 30’ x 20’ dan juga sebuah rumah guru berukuran 24’ x 20’. Walaupun bangunan sekolah telah dibina, tetapi kekurangan bilik darjah belum dapat diatasi kerana pertambahan murid setiap tahun. Mujurlah kerajaan telah membina sebuah balairaya dan KK Gumuk Ansit telah mengizinkan bangunan tersebut digunakan sebagai tempat belajar.
Pada tahun 1971, Jabatan Pendidikan telah membina 2 bilik darjah dan sebuah rumah guru yang dibina oleh JKR iaitu bangunan sekolah P.W.D 4803 dan rumah guru P.W.D 4802. Pada pertengahan tahun 1971, Jabatan Pendidikan telah mewujudkan dua buah sekolah NVS di Rangalau Lama dan NVS Bungalio. Kesan kewujudan kedua-dua sekolah tersebut telah menyebabkan perpindahan murid-murid ke sekolah-sekolah berkenaan. Maka, jumlah murid-murid di SK. Rangalau Baru semakin merosot setiap tahun kerana jarak ketiga-tiga sekolah ini hanya dalam lingkingan 1 ½ kilometer sahaja.
Antara tahun 1976 sehingga 1987, sekolah ini telah dicadangkan oleh Jabatan Pendidikan untuk ditutup kerana kekurangan murid iaitu hanya 19 orang murid sahaja. Namun demikian, atas usaha gigih Guru Besar yang ke-10 iaitu En. Bahoi Ladat, dari awal tahun 1988 jumlah murid semakin bertambah dari 19 orang kepada 29 orang. Sebagai permulaan, murid-murid dari sekitar Kg. Rangalau Baru dan luar mula kembali ke SK. Rangalau Baru apabila melihat prestasi sekolah meningkat dari segi kurikulum dan ko-kurikulum di mana guru-gurunya aktif dengan apa jua kegiatan. Pada tahun 1989 dan 1994, SK. Rangalau Baru menjadi johan keseluruhan aktiviti KBSR Zon 4 Tuaran dan pada tahun 1991, pencapaian UPSR adalah 100%.
Keprihatinan Jabatan Pendidikan Sabah telah dibalas sepenuhnya dengan pencapaian sekolah yang tidak pernah jatuh dalam segala bidang. Walaupun prestasinya sentiasa turun naik, pada tahun 1994 keputusan UPSR mencatat pencapaian 100% dengan 2 orang murid mendapat 4A. Putus kata, kejayaan sesuatu bidang ialah kerjasama guru-guru yang padu, tidak putus asa dan sabar serta mempunyai semangat maju serta bertanggungjawab dan prihatin dengan kelemahan murid serta tindakan susulan dengan perkongsian idea dari guru-guru untuk meningkatkan prestasi pendidikan.